About Me




Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sebagai pembuka bicara dengan rasa hormatnya di sini ingin mengenalkan serba sedikit mengenai diri yang tak seberapa menarik untuk dikongsikan bersama, namun tanpa rasa segan silunya pun sibuk-sibuk nak promote diri. Hahaha.

Okay-okay actually nama penuh empunya diri adalah Nurfarhani binti Khairudin. Seorang yang besar kepala, itu kipala ada batu duduk.

Hanya bekerja sebagai seorang kuli kuli sahaja setelah berjaya menamatkan zaman dipenuhi dengan assignment sebagai pelajar Programming lepasan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Politeknik Seberang Perai.

Seorang yang suka berangan tentang kebahagiaan bersama Mr. Xero. Yet, It's me. Seorang yang suka merepek tah apa-apa, seorang yang suka melawan, seorang yang ego, seorang yang garang, seorang yang ganas. Dan kesimpulannya, seorang yang tiada kelembutannya. 

Jadi serba sedikit mengenai diri ini adalah seorang yang sangat tah apa-apa, update blog mengikut citarasa tersendiri, mengikut kerajinan, mengikut liku-liku perjalanan hidup, mengikut keseronokan kehidupan, dan begitulah ceritanya.

Mintak maaf sekiranya blogg yang diupdate hanya menambahkan sakit mata namun itu adalah diri Nurfarhani binti Khairudin yang sebenar tanpa ada perangai hipokrit. Ayat sindiran akan sentiasa ada walaupun adakalanya tidak jelas untuk difahami oleh sesetengah pihak. 

Sekian daripada pengupdate blogg mengikut jari jemari yang pantas menaip tanpa disuruh lagi dan lagi. Wassalam.