MakeUp VS Cantik


Assalamualaikum, selamat pagi khamis. Walaupun dah tak berapa nak pagi kisah pulak aku kan. Hahaha! Topik hari ni nak membebel lepas tu saja nak penatkan jari . Bukan penat laa tapi lebih kepada senaman jari biar kurus dan kurangkan masalah typo berpanjangan kahkahkah!!

Okay the main point is CANTIK! What is the meaning of 'CANTIK'? Susahkan nak describe cantik ni macam mana. Kalau bagi lelaki mesti dia bayangkan cantik perempuan ni pada makeup! TOTALLY WRONG!!!! Tak okay! Takkk!! Emosi sambil menaip sampai tekan keyboard macam nak hancur. Lantak laa keyboard MSD pun hihihihihihi!

CANTIK ni bagi aku adalah kebersihan yang terjaga, penampilan menarik, dan sentiasa senyum! Auchhh macam aku je ni. Hahahahahah yess! Ini baru boleh dikatakan cantik! Sebab apa? Sebab cantik tu tak boleh dilihat dengan mata kesar. Cantik luar dan dalam tu yang penting. Jadi jangan laa sangkutkan pada makeup! Cantik dan makeup sangat berbeza. Nanti kite masuk part makeup pulak.

Setiap wanita nak jadi cantik. Yee! Tak ada siapa pun yang tak nak cantik even ada laa boyfriend ke tunang ke suami ke yang request tak nak you cantik but nak you comel macam baby berat 17kg tapi hakikanya nak jadi comel tu kena melalui fasa cantik. Contohnya cantikkan kulit, kuku, rambut. Baru laa you boleh jadi comel. Kannnn? Tapi tu laaa kesian kan kalau dapat partner yang tak faham sebenarnya definisi cantik ni dan kaitkan dengan makeup.

Actually, makeup ni bukan untuk cantik pun kan. Lebih kepada self confident level. Ada orang jadikan diri sendiri as a model untuk tengok how boleh pergi hasil kesenian tangan kau tu. Tapi bila keluar calit pondesen sikit, tepek bedak, eyeliner kasi calit satu kali, and litip sebagai pemaneh orang kata. Tak de pun beria nak makeup tetebal keluar sana sini. Alahai aku sendiri pun tak selesa.

Aku memang minat makeup. Yes minat! Tapi sebab aku tak de adik kakak makcik nenek mak yang nak di make over kan so aku conteng lah muka sendiri sekadar nak tengok kepuasan diri wowwww macam ni rupanya hasil tangan aku. Tak bagus mana pun. Tapi practice make perfect kan. Macam kau berlajar jalan masa kecik. Walau kau jatuh banyak kali pun kau still nak melangkah. Ye macam tu laa jugak kalau kite nak lakukan perkara yang kita minat.

Nahhhh natural beauty sangattttt kauuu hahahahahahhahahahah gila natural bulu bulu dia tu kann

Tapi akan jadi sedih bila kau kata nak jadi cantik orang relate kan kau dengan makeup. Katanya kau obses dengan makeup! Bagi aku tak ada kaitan pun. Cantik is cantik. Makeup is makeup! Tak sama. Tapi kenapa nak sama kan dan nak dihubungkaitkan keluar sains nya tu hahaha! Hm ntah laa geram jugak kalau ada yang kaitkan cantik dengan makeup.

Aku sendiri pun tak tau nak terangkan macam mana. Tapi aku akan jadi sedih gila bile orang salah tafsir dan bila dia cuba untuk tafsirkan maksud aku, aku rasa better tak payah sebab first perpektif kau dah menunjukkan yang kau kurang fasih berkaitan makeup VS cantik tapi kau nak pangkah orang awal-awal. Tu je yang aku boleh katakan.

Please laa korang yang perempuan ni. Jangan percaya kata kata lelaki yang

"Saya suka perempuan natural beauty"

Okayyyy!! Natural beauty sangat bila bukak Wechat nahhhh kau selonggok duk promot perempuan semunya makeup. Hahahahaha kesian kan. Kadang dorang ni cakap je nak natural tapi lebih tertarik pada yang makeup jugak. Hm one word is SAMPAH!

For me CANTIK bukan terletak pada makeup tetapi pada kerohanian yang suci dan penampilan yang menarik. Sekian.

Lipstick swatches!


Assalamualaikum, Selamat petang. Entry kali ni kita nak cerita berkaitan dengan lipstick best super duper best. Okay tak? Nak tahu tak? Yang mana ada nak share pape tu boleh je share sesama. Kita kongsikan bersama dengan yang lain.


Kite start from top to down. Firstly L.A Girl Matte Pigment Glosses. Memang best okay. Yang ni Hani pilih Code Fleur memang superb best colour dia. Auww auww kena sangat dengan muka I ohkay. Puji diri sendiri je laa orang lain tak puji kan. Hahaha but agak melekit kat bibir dan penggunaan lebih dari 5 hours bibir akan mula cracked. Kat situ dah rasa macam alaaaaaa kenapa crack dah tak konfiden dah. Kalau nak apply second layer tu kan, kalau boleh kena bersih kan dulu yang cracked tu dan apply baru. Jangan touch up terus. Takut lagi cracked dan tak cantikkkkkk.


Next, Ellianto Brilliant Riche Lip Colour 04 yaaayyyyyyyy my feveret evahhhhhh!! Muah muah! Hahaha dah laa kaler cantik. More sweetlicious. Tahan lama pulak tu. Tak melekit tapi kalau kau makan yang hard macam burger ke kepsi ke pizza ke pasti akan nampak pudar sikit sikit. Tapi still dalam mood sweet gitchuuu. Paling sayang!! Mana nak dapat? Ellianto laaaa babe.


NYX Soft Matte Lip Cream! The one of most top brand yang membuatkan gadis serta mak gadis akan jadi gila. Hahaha tak gittew? Yang ni code Athens warna nude dan soft gitu bila apply kat lips. Nampak macam alahai neutral gila. Makeup pun tak hard sangat. Sebab combine dengan NYX Athens ni. Tapi yang tak best nya tak tahan lama dan cepat hilang. Sobs sobs T.T Kalau nak g dating sangat tak digalakkan sebab nanti kau asyik terhegeh nak ke bathroom je sebab nak apply NYX Lip Cream ni. Serious talk! Kalau kau rasa tak pe laa sanggup je nak apply banyak kali tu terserah laa. For me kalau minum pakai straw pun boleh pudar dah warna lips. Bila nak touch up baru, my boyfriend geleng kepala je. Hahaha. Nasshhhibbbbbb!


Sumber : Abang Gugel

Last one siapa yang tak tau Colourpop kan. Ohemji!!! Colourpop is one of my favorite brand never ending! Haaa punya sayanggggg sangat dengan Colourpop. Tapi tu laaa Colourpop ni bercinta gila kalau nak beli sbb pre-order from US kan. So sebulan kena tunggu. Kalau ada plan nak guna untuk next month ke kena order dari sekarang. Haha punya gigih sampai macam tu sekali. Best ever sebab tahan lama dan susah sangat nak tanggal. Kalau nak cuci kena guna makeup remover k. So paham paham sendiri lah kan. Hani lebih prefer UML daripada USL sebab USL cepat cracked jugak macam L.A Girl tadi.


Harga pulak sedang sedang gittew. But I ada join #teamjia and harga untuk #teamjia boleh buat senyum senyum gittewww beza sangat dengan harga kat IG seller yang lain. So ada sesiapa nak order Colourpop can contact me kat twitter @hanikhairudin and kite bagi harga #teamjia jugak. Banyak lagi yang aku target colourpop ni untuk dijadikan collection. Sabar laa wahai hati hanya perlu menahan nafsu je ni. Sampai boyfriend kata kalau nak beli lagi lipstick guna je duit I tu. Ohhh NO!!! Jangan begitu sayangggg. Karang habis duit You yang kat I tu. Hahahahaha.


Actually ada lagi target brand lain macam DOSE, Stilla, Lime Crime. Ohemji! Banyak lagi. Sambil typing sambil tahan napsu usap dada. HAHAHAHA!! Kata nak kawin pahani. Sabar sabar melabur tu. Bagi lepas hari penting dulu hihi.

Lanjewww UML Creeper shikit. Hihi muahh!! Bye.






Tafsir Mimpi Bertunang

Taraaaaaa. Assalamualaikum, Selamat pagi. Happy anniversary Shayang. Ehh hahahahaha. Bangun pagi terus capai handphone dengan mata separuh bukak tu gigih je menaip tafsir mimpi bertunang.

Hahahaha kelako k. Tak menyabo sangat nak tau. Kot kot laa kata bakal tak ada jodoh dengan pasangan tunang dalam mimpi ke baik aku mintak putus awal-awal daripada teruskan hubungan ni kan. Hahaha. Dah laa hari aniberseri. Lepas gugel tafsir mimpi tu terus je whatsapp partner, bagitau dia I mimpi kite tunang. Dia reply wahhhh tema apa? Hahaha kau pikir aku perati ke semua tu. Kalau aku tau tu hanya mimpi memang aku teliti habis setiap detik perbuatan, warna, kau senyum ke tak. Hahahaha.

Indah gila k mimpi macam tu. Tak boleh bla yang aku duk pegang je jari aku yang tersarung cincin tu, Hahahaha engko dah kenapa??? Excited sampai macam tu sekali. Sumpah rasa real gila rasa berdebar semua ada. Berpeluh peluh tau bangun tidur. Tapi dalam indah tu ada laa jugak rasa takut. Tah laa takut apa pun tak tau. Tapi memang ada rasa takut.

Siapa yang tak nak kahwin kan tapi ekonomi zaman sekarang ni kalau tak de 15k kat tangan jangan bermimpi nak buat majlis kahwin laaa. Banyak nak pakai duit. Orang kata nak murah rezeki kena kahwin. Ye faham betul semua tu. Tak salah pun. Tapi nak kahwin walau majlis kecil pun nak guna duit jugak. Bukan guna mulut je semua. Pendapat aku laa kan. Sorry.

Okay balik pada tafsiran mimpi bertunang tu kan kebanyakkan yang aku gugle majoriti maksud dia
Sangat besar kemungkinannya bahawa dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Selain tu ada maksud lain jugak
Segala perancangan yang sedang diatur akan beroleh kejayaan.

Pelamin tunang idaman k. Combination baby blue dengan lavender. LOVE!
Hahahahahahaha wehhh ni semua pentipu belaka je ni. Mainan tidur semata mata ni. Kalau betul pun hanya lah secara kebetulan. Tapi tak kisah laa. Allah akan jodohkan kite bila kite dan pasangan betul-betul bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Cepat atau lambat adalah ketentuan-Nya. Jadi jangan risau laaa.

Sementara belum kahwin ni kumpul laa harta dulu. Ye tak?? Lagi-lagi yang perempuan ni.