Surat untuk boyprenggg!

Assalamualaikum para pembaca serta para stalker. Ehemm ehemm. Ingat tak nampak ke siapa yang rajin terjah menerjah blogg orang tu. I see You behbyyy. Oke setelah hampir setengah abad tak me-nonjolkan diri di alam maya serba memenatkan jari jemari ini hari ni muncul kembali dengan harapan baru, berwajah baru, ber-background baru, ber-alunan muzik baru. Alunan muzik tu dari buah hati pengarang jantung pisang En. Boyprengg yg bagi. Tak tahu kenapa fall in love gila kat lagu tu. Fall in love kat lagu k. Bukan dengan dia. Haha. Bertambah batu laa hati dia nanti kalau baca. Semua serba baru ibarat baru menceburkan diri dalam bidang penyiaran luahan hati. Ohh terlupa disini ingin mengambil kesempatan untuk mengenalkan rakan seperjuangan yang baru menceburkan dalam bidang memenatkan jari iaitu Kak Ju'a kesayangan. Ingat tak sebelum ni ada sebut roomate terkasih. Oke tu laa dia. Follow dia k kengkawan kesayangan hamba sekalian alam.

Actually hari ni tak seindah selalu, tapi mendung dari celik mata lagi. Pstt! Gaduh sebenarnya tu jadi mendung tak cerah cerah. Hm hm. Nak buat macam mana. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan yang belum tentu pasti. Ala gaduh manja itu normal. Tapi yang tak boleh bla mintak pujuk tu. Aihh. Nak merajuk tu merajuk laa tak perlu nak mintak pujuk sangat laa. Pangg sekali baru rasa agaknya. Kahkah. Sorry gua memang ganas tiada lembutnya. Guys apa korang akan buat kalau lelaki mintak pujuk? Err seriously blank tahap mantul mantul. Planning hari ni terpaksa cancel sebab nak membuat senaman jari jemari yang dah lama kaku mengeras tiada lembutnya. Mungkin selari dengan hati yang keras selalu. Nak buat bagaimana dah memang di lahirkan sebegitu. Ohh terlupa lagi, mintak maaf atas kekasaran ayat ye kengkawan semua. Almaklum sajalah, empunya blogg ni tak amek sastera dulu. Jadi penggunaan bahasa agak kritikal.

Hm oke dah sampai dah, dah sampai mood ni. Mood serba salah dah datang dah. Jadi lagi pantas jari jemari menaip sehinggakan ada kesalahan ejaan pun tidak terlihat lagi oleh kerana keseronokan yang tidak tergambar untuk menekan keyboard diikuti rentak lagu yang melalaikan jiwa.

Buat kesayangan yang bakal baca entry ni mohon buka hati untuk terima segala yang terluah dalam isi kandungan entry ni nanti. Sediakan tisu di sebelah. Sebab saya tak ada kat sisi awak untuk lapkan air mata awak.

Buat kesayangan, awak nak jelas lagi pasti awak baca entry ni sampai habis dan jangan pangkah sebelum habis baca sebab saya nak awak tahu apa yang saya nak sampaikan untuk awak. Seriously perasaan saya dah bercabang 68 sebab awak merajuk mintak pujuk walhal awak sendiri tau yang saya tak tau pujuk!! Tapi saya cuba walaupun tak sehebat awak. Nak tau entry ni memang untuk awak sorang je pun. Untuk pujuk awak. Orang lain mintak pujuk pun saya tak buatkan entry tau tak. Nampak tak betapa nak menukilkan hasil pujukan ni. Nanti bila anak anak saya tanya saya pernah pujuk orang tak, macam mana pujuk orang, saya tak susah nak ajar anak saya. Saya bukak je blogg ni. Pepandai baca sendiri. Haha. Hebatkan saya? Pikir jauh.

KEKASIH, awak tunggu tau entry saya ni siap, saya nak pujuk awak ni. Awak jangan cari orang lain suruh teman awak pulak. Nanti bercucuran air mata ni jatuh siapa yang nak habiskan entry ni. Tunggu kejap yee sayang. Tunggu tau. Tau! Tau! Tapi kan nak awak nyayi sikit lagu ni boleh tak? Pleaseeee! Kalau boleh rakam lagi best. Nyanyi tau lagu senyum ni ^^

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

SENYUMM! :)

Kan manis senyum macam tu. Walau hati awak keras kalah berlian. Haha. Dapat senyum sikit pun jadi laa. Tau tak banyak dugaan nak siapkan entry ni. Saya TERLUPA NAK MATIKAN AIR DALAM MESIN BASUH!!! Uhhh! Tah berapa puluh ratus ribu liter air tah yang terbuang. Ahh nak nangis T.T

Comott, saya nak awak tahu kenapa saya uninstall wechat segala bagai tu sebab awak kata saya selalu lambat reply message awak. Tapi hakikatnya saya pegang telefon kan. Saya lalai main segala haram jadah tu. Sebab tu saya lambat reply message awak. So saya ambik keputusan uninstall segala jadah app social network tu. Oke settle kan penerangan tu. Terima kasih sebab selalu rendahkan ego untuk saya yang menggunung gila ego. Awak jangan merajuk eyhh, nanti saya tak boleh buat kerja, kalau saya tak buat kerja nanti saya jadi malas, bila malas macam mana kite nak kawin sebab saya malas nak buat apa apa untuk awak nanti. Oke sayangg. B kalau nak rasa kayu terus laa merajuk tau. Lepas tu tengok kat cermin kalau rasa comel triple hundred punya level comel boleh laa teruskan merajuk tu k. Dengan muka masam mencuka. Cuka pun kalah masam dia tahu tak. Haha.

Sorry sayanggg, saya tak seromantik insan yang bergelar kekasih macam kat luar sana. Awak selalu tanya saya, "awak sayang saya tak?" Haihhh. Bosan tau tak? Tapi soalan tu laa yang di nanti nantikan. Tapikan cuba laa awak tanya," Sayang, kite pergi ISTANBUL nak tak?" Oke yang tu terus senyum lebar selebarnya. Haha. Tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat yang saya dah ada awak. Terima kasih sayang. Tapi bila saya sedih ke badmood ke saya selalu marah awak kan. Sampai awak pun tak nak dah pujuk saya. Sampai awak penat. Ciss! Tau tak apa saya cakap dalam hati, "siap ko! tak nak pujuk aku kan? aku merajuk lagi lama" Haha. K saya nak mintak maaf sebab salah saya. Macam mana awak nak pujuk sedangkan awak tak tahu apa puncanya. Terima kasih b banyak sabar.

Tapi please jangan merajuk lagi, saya ni dah penat nak menaip. Sampai terpeletok jari jemari ni. Saya tau saya tak sweet like candy pun. Tapi ni yang saya mampu nukilkan untuk awak. Kira sweet jugak laa takat ni kan awak? Hihi. Lepas awak baca ni saya tunggu message awak k. Ohh terlupa buat kali ketiga. Saya dah makan sebab tu lambat hupdate ni sebab perut dah nyanyi lagu "bila kekasih mula merajuk" haha. LOVE YOU AWAK*

No comments: