MakeUp VS Cantik


Assalamualaikum, selamat pagi khamis. Walaupun dah tak berapa nak pagi kisah pulak aku kan. Hahaha! Topik hari ni nak membebel lepas tu saja nak penatkan jari . Bukan penat laa tapi lebih kepada senaman jari biar kurus dan kurangkan masalah typo berpanjangan kahkahkah!!

Okay the main point is CANTIK! What is the meaning of 'CANTIK'? Susahkan nak describe cantik ni macam mana. Kalau bagi lelaki mesti dia bayangkan cantik perempuan ni pada makeup! TOTALLY WRONG!!!! Tak okay! Takkk!! Emosi sambil menaip sampai tekan keyboard macam nak hancur. Lantak laa keyboard MSD pun hihihihihihi!

CANTIK ni bagi aku adalah kebersihan yang terjaga, penampilan menarik, dan sentiasa senyum! Auchhh macam aku je ni. Hahahahahah yess! Ini baru boleh dikatakan cantik! Sebab apa? Sebab cantik tu tak boleh dilihat dengan mata kesar. Cantik luar dan dalam tu yang penting. Jadi jangan laa sangkutkan pada makeup! Cantik dan makeup sangat berbeza. Nanti kite masuk part makeup pulak.

Setiap wanita nak jadi cantik. Yee! Tak ada siapa pun yang tak nak cantik even ada laa boyfriend ke tunang ke suami ke yang request tak nak you cantik but nak you comel macam baby berat 17kg tapi hakikanya nak jadi comel tu kena melalui fasa cantik. Contohnya cantikkan kulit, kuku, rambut. Baru laa you boleh jadi comel. Kannnn? Tapi tu laaa kesian kan kalau dapat partner yang tak faham sebenarnya definisi cantik ni dan kaitkan dengan makeup.

Actually, makeup ni bukan untuk cantik pun kan. Lebih kepada self confident level. Ada orang jadikan diri sendiri as a model untuk tengok how boleh pergi hasil kesenian tangan kau tu. Tapi bila keluar calit pondesen sikit, tepek bedak, eyeliner kasi calit satu kali, and litip sebagai pemaneh orang kata. Tak de pun beria nak makeup tetebal keluar sana sini. Alahai aku sendiri pun tak selesa.

Aku memang minat makeup. Yes minat! Tapi sebab aku tak de adik kakak makcik nenek mak yang nak di make over kan so aku conteng lah muka sendiri sekadar nak tengok kepuasan diri wowwww macam ni rupanya hasil tangan aku. Tak bagus mana pun. Tapi practice make perfect kan. Macam kau berlajar jalan masa kecik. Walau kau jatuh banyak kali pun kau still nak melangkah. Ye macam tu laa jugak kalau kite nak lakukan perkara yang kita minat.

Nahhhh natural beauty sangattttt kauuu hahahahahahhahahahah gila natural bulu bulu dia tu kann

Tapi akan jadi sedih bila kau kata nak jadi cantik orang relate kan kau dengan makeup. Katanya kau obses dengan makeup! Bagi aku tak ada kaitan pun. Cantik is cantik. Makeup is makeup! Tak sama. Tapi kenapa nak sama kan dan nak dihubungkaitkan keluar sains nya tu hahaha! Hm ntah laa geram jugak kalau ada yang kaitkan cantik dengan makeup.

Aku sendiri pun tak tau nak terangkan macam mana. Tapi aku akan jadi sedih gila bile orang salah tafsir dan bila dia cuba untuk tafsirkan maksud aku, aku rasa better tak payah sebab first perpektif kau dah menunjukkan yang kau kurang fasih berkaitan makeup VS cantik tapi kau nak pangkah orang awal-awal. Tu je yang aku boleh katakan.

Please laa korang yang perempuan ni. Jangan percaya kata kata lelaki yang

"Saya suka perempuan natural beauty"

Okayyyy!! Natural beauty sangat bila bukak Wechat nahhhh kau selonggok duk promot perempuan semunya makeup. Hahahahaha kesian kan. Kadang dorang ni cakap je nak natural tapi lebih tertarik pada yang makeup jugak. Hm one word is SAMPAH!

For me CANTIK bukan terletak pada makeup tetapi pada kerohanian yang suci dan penampilan yang menarik. Sekian.

No comments: