Nak Pasang Astro Njoi?

Assalamualaikum, berdasarkan tajuk entry kali ni nak update sikit mengenai Astro Njoi. Apa tu Astro Njoi? Okay mehh terus baca blog sampai habis sebab nak kongsi sikit pasal Astro Njoi dan apa kelebihan yang ada pada Astro Njoi ni.




Actually Astro Njoi ni adalah Astro bajet untuk mereka yang jarang tengok tv macam aku, yang nak terangkan siaran kat tv, yang nak tengok siaran Astro bergantung pada bajet, yang baru masuk rumah baru, yang baru berkahwin. Haa begitu laa cerita dia.

Okay sebenarnya Astro Njoi ni lebih kurang macam Astro sediakala yang dimana seperti kita tahu yang setiap kali langganan Astro akan dikenakan bayaran setiap bulan dan Astro Njoi pula dikenakan bayaran sekali sahaja untuk langganan dan terdapat sebanyak 22 siaran yang terdapat dalam Astro Njoi dan 20 siaran radio. TETAPI Astro Njoi juga ada menawarkan siaran-siaran lain dan nanti akan diterangkan kemudian. Bagi langganan pertama yang tidak mempunyai langganan Astro korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM350+ berdasarkan tempat korang beli. Kadang sesetengah tempat letak harga tinggi. Tetapi untuk yang dah mempunyai decoder Astro akan dikenakan caj penukaran line dari Astro ke Astro Njoi dengan jumlah yang di kenakan sebanyak RM90 bergantung pada tempat. Dan bayaran ini akan dikenakan hanya SEKALI bayaran sahaja.





Kat atas ni adalah siaran-siaran langganan yang terdapat dalam Astro Njoi. Memang sikit tapi korang boleh beli siaran lain dengan menggunakan tambah nilai kad Njoi untuk langgan siaran lain. Antaranya adalah Astro Ria, Astro Warna, Astro Bella, Astro Citra, Astro Ceria dan banyak lagi. Kat bawah ni pula adalah list untuk langgan siaran berdasarkan kad tambah nilai.



Cara untuk melanggan siaran menggunakan kat prabayar pula adalah dengan cara menambah nilai ke akaun Astro Njoi.


Gores panel kelabu di hadapan kad untuk mendapatkan nombor pin 16 digit.


Taip: 111 <jarak> No IC <jarak> Nombor PIN 16 Digit <jarak> Kod Saluran dan SMS ke 33310.


Layar saluran 200 untuk mendapatkan kod saluran


Mudah kan. Tak perlu nak bayar tiap-tiap bulan dengan harga yang agak tinggi tapi tonton masa terluang seperti malam hari dan hari cuti sahaja. Dengan Astro Njoi ni pula kita boleh topup dan tonton. Sekiranya tak nak tonton tak perlu topup dan tonton siaran yang sedia ada sahaja. Korang mampu menilai sendiri mana yang terbaik. Just sharing untuk bersama. 

Sekarang ni dah ramai rasanya yang langgan Astro Njoi ni, kat rumah pun baru je pasang Astro Njoi and okay laa, not bad. Sebab satu keluarga bukan kaki gila tv. Sebarang pertanyaan mengenai Astro Njoi ni korang boleh pergi page ni untuk keterangan lanjut https://www.astro.com.my/njoi







No comments: