Nah, Program 10 Minit JOM Membaca bersama Hani!

Hari ni Program 10 Minit Membaca?

Haa lah, anjuran Kerajaan Selangor mungkin. Ai pun kurang pasti. Oleh kerana kerja bersama bawah jajahan Perpustakaan Desa ni sepatutnya perlu menjalankan program tersebut. Tapi disebabkan Penyelia Perpustakaan kurang sihat maka-nya program tersebut tak dapat di jalankan.

Jadiiiiii. Ai hupdate blogg sekadar untuk menjadikan 10 minit amalan membaca bagi Ai. Kiranya sambil update kan sambil membaca. Lepas tu korang yang singgah blogg ni pun akan membaca walaupun kurang daripada 10 minit *hampa* .____.

Korang jangan laa baca laju-laju. Cuba mengeja ke, cuba fahami ayat ke, dapatlah sampai 10 minit. Kannnn? Bernas tak idea Ai. *fefelling bijak pandai*

Jadi apa yang nak disampaikan disini yang sebenarnya program 10 minit membaca ni bagus dalam kalangan kita semua. Kerana dari bermulanya 10 minit tu kita akan berasa seronok nak baca lagi. Ibarat makan sambal belacan. Walau pedas sampai mengalir air mata pun tetap nak makan jugak. Macam tu lah maksudnya dengan amalan membaca selama 10 minit ni. Jelas dah kan sekarang?

Memupuk semangat anak kecil untuk terus amalkan budaya membaca. Zaman sekarang ni susah nak tengok adik-adik kecil yang membaca buku cerita. Sebab apa?

GADGET!

Yee. Angkara gadget. Pernah terfikir tak? Kanak-kanak sekarang mungkin lebih bijak sehingga melampaui akal fikiran mereka sendiri. Mereka lebih terdedah dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh kes kanak-kanak berumur 5-6 tahun menonton video lucah, cuba mencabul dan banyak lagi.

Faktor terlalu terdedah dengan media sosial tanpa pengawasan oleh ibu bapa atau pun orang dewasa cenderungnya masalah seperti itu sering berlaku dalam sekeliling kehidupan kita sendiri.

Wallahua'lam

Semoga dengan adanya entri sebegini dapat mengumpulkan ramai lagi golongan adik-adik, belia, ibubapa untuk sama-sama muhasabah diri masing-masing. Dengan tanpa disedari, anda telah berjaya menyertai Program JOM Membaca selama 10 minit. *walaupun ada yang baca hanya 10 saat* flip hair uollssssss. Sijil nanti Ai buatkan c(:

No comments: