Tafsir Mimpi Bertunang

Taraaaaaa. Assalamualaikum, Selamat pagi. Happy anniversary Shayang. Ehh hahahahaha. Bangun pagi terus capai handphone dengan mata separuh bukak tu gigih je menaip tafsir mimpi bertunang.

Hahahaha kelako k. Tak menyabo sangat nak tau. Kot kot laa kata bakal tak ada jodoh dengan pasangan tunang dalam mimpi ke baik aku mintak putus awal-awal daripada teruskan hubungan ni kan. Hahaha. Dah laa hari aniberseri. Lepas gugel tafsir mimpi tu terus je whatsapp partner, bagitau dia I mimpi kite tunang. Dia reply wahhhh tema apa? Hahaha kau pikir aku perati ke semua tu. Kalau aku tau tu hanya mimpi memang aku teliti habis setiap detik perbuatan, warna, kau senyum ke tak. Hahahaha.

Indah gila k mimpi macam tu. Tak boleh bla yang aku duk pegang je jari aku yang tersarung cincin tu, Hahahaha engko dah kenapa??? Excited sampai macam tu sekali. Sumpah rasa real gila rasa berdebar semua ada. Berpeluh peluh tau bangun tidur. Tapi dalam indah tu ada laa jugak rasa takut. Tah laa takut apa pun tak tau. Tapi memang ada rasa takut.

Siapa yang tak nak kahwin kan tapi ekonomi zaman sekarang ni kalau tak de 15k kat tangan jangan bermimpi nak buat majlis kahwin laaa. Banyak nak pakai duit. Orang kata nak murah rezeki kena kahwin. Ye faham betul semua tu. Tak salah pun. Tapi nak kahwin walau majlis kecil pun nak guna duit jugak. Bukan guna mulut je semua. Pendapat aku laa kan. Sorry.

Okay balik pada tafsiran mimpi bertunang tu kan kebanyakkan yang aku gugle majoriti maksud dia
Sangat besar kemungkinannya bahawa dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Selain tu ada maksud lain jugak
Segala perancangan yang sedang diatur akan beroleh kejayaan.

Pelamin tunang idaman k. Combination baby blue dengan lavender. LOVE!
Hahahahahahaha wehhh ni semua pentipu belaka je ni. Mainan tidur semata mata ni. Kalau betul pun hanya lah secara kebetulan. Tapi tak kisah laa. Allah akan jodohkan kite bila kite dan pasangan betul-betul bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Cepat atau lambat adalah ketentuan-Nya. Jadi jangan risau laaa.

Sementara belum kahwin ni kumpul laa harta dulu. Ye tak?? Lagi-lagi yang perempuan ni.

No comments: